Menara KL Akan Pancar Cahaya Hijau, Tanda Masuk Waktu Maghrib & Isyak

16 Jan 2025 • 4:30 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Menara KL Akan Pancar Cahaya Hijau, Tanda Masuk Waktu Maghrib & Isyak

Menara Kuala Lumpur (Menara KL) akan menyalakan cahaya berwarna hijau setiap malam sebagai menandakan telah masuknya waktu solat Maghrib dan Isyak di Kuala Lumpur.

Berita berkenaan dimaklumkan oleh Menara Kuala Lumpur menerusi satu hantaran laman facebook rasminya, semalam.

“Ini adalah cara kami memupuk nilai masyarakat dan mempromosikan kebersamaan,” ujar hantaran itu.

Cahaya hijau akan dipancarkan Menara KL, tanda masuk waktu dua solat fardu

Selain itu, pihak Menara KL turut memaklumkan beberapa program istimewa untuk menyambut Ramadan pada tahun ini telah dipersiapkan.

“Antara program yang dianjurkan adalah melihat anak bulan Ramadan, Pertandingan Memasak Bubur Lambuk dan sesi Iftar bersama kumpulan kurang berkemampuan,” kata hantaran itu lagi.

https://www.facebook.com/officialmenarakl/posts/pfbid02Qp25QkXNxpHUjh8PDim12nkSNPQUkAP3z75xUKQz9pt6DRosQ83NJLwSuGXjUxN9l

Sejak semalam, beberapa keping gambar Menara Kuala Lumpur yang memancarkan cahaya berwarna hijau telah menjadi tular di pelbagai platform media sosial.

Kehadiran cahaya berkenaan bukan sahaja menjadi tanda masuknya dua waktu solat fardu, malah mengindahkan lagi suasana malam di ibu negara.