Sebagai panduan, lampu hijau Menara Kuala Lumpur tanda masuk waktu Maghrib & Isyak

LocalPolitics
16 Jan 2025 • 4:40 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Terbaharu, lampu hijau Menara Kuala Lumpur menandakan telah masuknya waktu Maghrib dan Isyak, menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nazli Saad.

Nazli berkata, insiatif itu merupakan idea tercetus secara spontan selepas kerjasama dengan Media Prima Berhad untuk video rakaman azan tebaharu yang dilancarkan, baru-baru ini.

“Terinspirasi dengan itu, Menara KL memperkenalkan pencahayaan hijau ini sebagai peringatan masuknya waktu solat.
“Ia sekali gus sebagai usaha untuk mendekati komuniti setempat, ” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

image is not available

Lampu hijau Menara Kuala Lumpur tanda masuk waktu

Katanya lagi, kerjasama itu mencerminkan komitmen mereka bersama rakan media dalam mempromosikan nilai-nilai positif selain mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Pencahayaan hijau ini adalah cara yang ringkas tetapi bermakna untuk memberi inspirasi kepada refleksi dan menggalakkan kebersamaan dalam komuniti kita.
“Inisiatif ini mengukuhkan dedikasi Menara KL dalam menyumbang kepada masyarakat dengan menyokong program-program yang memupuk perpaduan budaya dan sosial,” katanya lagi.

image is not available

Dalam perkembangan lain, Menara Kuala Lumpur telah merancang beberapa program bersama masyarakat sepanjang tahun ini.

Antaranya seperti Majlis Cerapan Rasmi Anak Bulan Ramadan dan Syawal, Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2025 serta Sesi Iftar Dari Dapur TEMU bersama anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan semasa Ramadan.