Menara telco beri manfaat 2,000 penduduk di Papar

27 Sep 2023 • 3:29 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PAPAR: Kira-kira 2,000 orang termasuk kanak-kanak bersekolah di Kg Gana, di sini, akhirnya dapat menikmati talian internet dan telekomunikasi (telco) yang lancar apabila sebuah menara telco, di bawah projek Rangkaian Digital Nasional (Jendela), beroperasi sepenuhnya bulan lepas di kampung itu.

ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim berkata ibu bapa di kampung itu amat berbesar hati dan amat berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan kemudahan sedemikian supaya anak-anak mereka dapat belajar dengan lebih baik menggunakan Internet dan memberi manfaat kepada guru-guru di SK Gana dalam mengajar murid-murid mereka dengan lebih berkesan dengan menara syarikat telekomunikasi sedia ada.

Selain mereka, beliau berkata yang paling penting pemandu kenderaan termasuk dari Sarawak dan Brunei Darussalam yang melalui Kg Gana yang terletak di sepanjang lebuh raya Pan Borneo juga mendapat manfaat kemudahan ini kerana polis, ambulans atau bomba boleh dihubungi dengan mudah untuk membantu mereka apabila berlaku sebarang kecemasan.