Menari Dengan Pakaian Dalam, Dah Kenapa Ni Nonny?

18 Mar 2025 • 3:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon Nonny Nadirah sekali lagi mengundang keresahan netizen selepas memuat naik sebuah video di Instagram, memaparkan dirinya menari dengan hanya mengenakan pakaian dalam.

Dalam video berkenaan, Nonny atau nama penuhnya Nonny Nadirah Zainuddin, 36, dilihat memakai lingerie merah sambil melakukan tarian yang mencetuskan perdebatan. Tambah mencuri perhatian, dia turut meletakkan sehelai kain memaparkan bendera Palestin di bahunya.



Kapsyen yang ditinggalkan pada hantaran itu hanya memaparkan imej bendera Palestin, tanpa sebarang penjelasan lanjut.



Sementara itu, menerusi Instagram Story, Nonny sempat menulis:



“Saya sayangkan awak cinta hati.”



Bagaimanapun, pelakon drama Luka Di Hati Diya itu menutup ruangan komen, seolah-olah sudah menjangka reaksi bercampur-baur daripada netizen.



Aksi mencolok mata ini bukanlah sesuatu yang baru bagi Nonny. Sebelum ini, dia pernah berkemban sambil menyanyi lagu berbahasa Arab, hanya mengenakan coli hitam.

Lebih mengejutkan, dia juga pernah memuat naik klip dirinya duduk mencangkung ketika mempromosikan produk sehingga hampir menampakkan bahagian sulit.



Nonny sebelum ini pernah mendakwa dirinya berdepan gangguan sihir, yang menyebabkan wajahnya senget sebelah kira-kira tiga tahun lalu.