
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Pendidikan Sabah mengenal pasti punca ramai calon SPM tidak menduduki peperiksaan pada 2022.
Beliau berkata, berdasarkan laporan itu, hanya 34,461 daripada 40,147 pelajar di Sabah mendaftar tahun lalu.
Baru-baru ini, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata kira-kira 10,000 daripada hampir 30,000 calon yang tidak menduduki SPM tahun lepas mendaftar untuk mengulanginya tahun ini.
“Saya memberi perhatian serius kepada isu ini di Sabah kerana SPM adalah peperiksaan penting yang menentukan masa depan anak-anak kita dan wajib untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Selain itu, pendidikan adalah hak untuk semua. Justeru itu, saya mahu Jabatan Pendidikan Negeri mengenal pasti punca mereka tidak mendaftar.
Saya mahu pelajar di Sabah yang tidak menduduki SPM 2022 mengambil peluang untuk berbuat demikian tahun ini,” katanya pada majlis Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Negeri Sabah (ABCNS) ke-34 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, pada 1 Ogos.
Hajiji berkata walaupun terdapat peningkatan 0.13 peratus dalam Gred Purata Nasional (GPN) Sabah bagi keputusan SPM 2022, ia masih jauh berbanding GPN kebangsaan iaitu 4.74.
Pada masa sama, katanya, jurang antara bandar dan luar bandar di negeri ini juga melebar daripada 0.53 mata pada 2021 kepada 0.61 mata pada 2022.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

