“Mencemarkan baju Melayu” – Netizen Kritik Teaser Lagu Raya Baharu Aliff Syukri

Entertainment
30 Mar 2023 • 11:21 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi mencetuskan rasa kurang senang netizen selepas mengumumkan bakal mengeluarkan lagu raya terbaharunya di Instagram.

Dalam hantaran sedutan rakaman video yang dikongsikan itu, beliau berharap lagu berjudul Cak Cun Cak Raya itu dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada semua orang yang menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Namun begitu, perkongsian video pendek tersebut menarik perhatian ramai termasuklah pempengaruh media sosial, pereka fesyen dan rakan selebriti yang mengingatkan beliau untuk tidak menaikkan kemarahan orang ramai ketika di bulan Ramadan.

image is not available

Di dalam video itu, Aliff Syukri dipaparkan sedang menyanyi dengan beberapa penari lelaki dibelakangnya dengan penampilan persis pakaian renang dan bersamping.

Ada yang menganggap Aliff sekali lagi cuba mencabar pihak berkuasa dengan memaparkan video muzik sebegitu.

Rata-rata yang meninggalkan komen melahirkan rasa kecewa terhadap Aliff Syukri yang seakan-akan cuba merosakkan pakaian tradisional baju Melayu.

image is not available

Namun, seperti biasa Aliff menjawab semua kritikan dan kecaman itu dengan ayat, “Awak, apa salah saya awak?”.

Sebelum ini, ahli perniagaan itu pernah dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung klip video muzik sempena Aidilfitri pada tahun lepas gara-gara memaparkan sekumpulan lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dan dianggap tidak sesuai untuk tontonan masyarakat.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.