Lagu rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM) iaitu UiTM di Hatiku menjadi tular di media sosial selepas ia digunakan oleh pelajar-pelajar dari luar negara video mereka.
Menerusi hantaran-hantaran di TikTok, pelajar-pelajar tersebut menggunakan lagu berkenaan ketika sedang menjalani hari konvokesyen di universiti masing-masing.
Melihat kepada jenis video yang dihasilkan menggunakan lagu UiTM, rata-rata pelajar luar negara itu menjadikannya lagu untuk meme, sebuah aktiviti atau konsep untuk tujuan lucu.
@d0ublechin2.0 WHO R U?! #fyp #graduation #seniorrecognition #trending
Menjengah ke ruangan komen hantaran-hantaran tersebut, rata-rata warga Malaysia terkejut kerana lagu UiTM telah digunakan pelajar luar negara.
Lagu UiTM jadi memes

UiTM di Hatiku mendunia!!

Pada masa yang sama, warganet Malaysia turut berseloroh bertanyakan pelajar luar negara berkenaan tentang cawangan UiTM mana mereka melanjutkan pelajaran.
Ni UiTM Australia kan

UiTM Puncak Perdana ke?

Akak belajar kat UiTM Jengka ke?

Dalam pada itu, terdapat juga warga maya Malaysia meninggalkan komen meluahkan rasa gembira kerana lagu itu digunakan pelajar luar negara disamping meluahkan rasa kerinduan terhadap UiTM.
Sebagai alumni dan pensyarah, saya tumpang gembira

Alumni UiTM bangga!

Bagaimanapun, menerusi tinjauan ini juga, tiada seorang pun warga Malaysia yang mengecam tindakan pelajar luar negara ini dan beranggapan mereka tidak tahu maksud sebenar lagu itu.
Wah, tak sangka lagu UiTM di Hatiku dah sampai ke luar negara! Mungkin pelajar dari luar negara tak faham kot lagu ni kena guna untuk apa. Apapun, min tumpang bangga…
Sumber: TikTok
The post Mendunia! Graduan Luar Negara Rakam Momen Konvokesyen Guna Lagu UiTM Di Hatiku appeared first on Borak Daily.


