“Mengadulah kepada-Nya” – Ibu Aliff Aziz Titip Pesanan Menyentuh Hati, Nasihat Agar Doa Rawat Masalah

Entertainment
15 Mar 2024 • 12:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam Ruhainies dan Aliff Aziz telahpun memberikan kenyataan berhubung dengan kes mereka ditangkap khalwat. Sehubungan itu, ia mengundang pelbagai reaksi netizen dan rakan artis.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah satu pesanan dan nasihat daripada ibu Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil yang meluahkan isi hatinya yang sedang sedih dengan mengatakan bahawa setiap ujian pasti akan ada hikmahnya.

Menerusi IG Story miliknya, Hafiza juga percaya bahawa doa adalah senjata utama dalam merawat segala kesulitan dan masalah.

image is not available image is not available

“Akan ada hari kita berasa sedih dan gembira, janganlah berputus asa. Apabila hidup ini susah, ingatlah bahawa tiada yang kekal.”

“Kamu telah lalui hari yang baik sebelum ini dan akan merasainya lagi dengan rahmat-Nya.”

“Berhentilah berasa risau. Mulakan dengan berdoa dan kamu akan berasa lebih tenang. Mengadulah kepada-Nya. Ia jauh lebih baik daripada bercakap tentang masalah kita pada orang lain untuk mendapatkan penerimaan ramai.

“Bersyukur kepada Allah atas segalanya, sedikit demi sedikit cubalah mendekatkan diri dengan Allah.

image is not available

Pada 9 Mac lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita Aliff dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Mereka dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 2 petang pada hari sama dan bakal didakwa di Mahkamah Syariah pada satu tarikh yang ditetapkan.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.