Shuib Dedah Pernah Ketagih Main Judi Dan Beritahu Punca Berhenti, Syukur Dah Tak Terjebak!

22 Jul 2024 • 2:48 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Shuib judi

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib membuat satu pengakuan mengejutkan di mana dirinya pernah terjebak dalam permainan judi sehingga alami kerugian besar. Allahu..

Menerusi satu podcast di Youtube Channel dirinya sendiri, Shuib mendedahkan yang dia sanggup membayar RM150 sekali main ketika berjudi. Dah jadi ketagih!

Aku bet 150 per spin, dalam satu minit sebenarnya boleh pergi dalam, 3 ke 4 spin, maksudnya dalam seminit berapa kau habiskan.

Bukan tu jer, Shuib juga pernah sampai satu tahap ingin lihat sejauh mana wang yang dia boleh dapat apabila bermain judi.

Kemudian, Shuib mula tersedar dan berhenti menjadi pemain judi tegar selepas menerima ancaman daripada pemain judi lain.

Perbezaan dia MashaAllah, Allah nak bagi. Kadang-kadang kau rasa kau berjudi tu kau puas, bila kau menang kau gempak. Tapi kehidupan kau masih susah, bila aku berhenti, duit bukan kata boleh simpan, malah makin banyak.

Pelawak itu bersyukur dan berkata banyak rezeki yang dia dapat seperti memulakan perniagaan Bubblebee dan lain-lain selepas dia berhenti bermain judi. Alhamdilillah..

image is not available

Jap!