Muhyiddin Mengaku Tak Bersalah Terima RM5 Juta Dari Aktiviti Haram

LocalPolitics
13 Mar 2023 • 11:16 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Selepas didakwa atas enam pertuduhan minggu lalu, bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah didakwa atas satu lagi pertuduhan pengubahan wang haram berhubung inisiatif Jana Wibawa.

Pengerusi Perikatan Nasional ini telah mengaku tidak bersalah sebentar tadi di hadapan Hakim Rozilah Salleh di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Saya faham, saya tidak bersalah.”

Muhyiddin telah didakwa menerima hasil dari aktiviti haram berjumlah RM5 juta melalui sebuah syarikat di cawangan Ambank Amcorp Mall pada 7 Januari 2022 yang kemudiannya disalurkan ke akaun parti Bersatu.

image is not available

Pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Pagoh ini dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah seksyen 4(1) akta sama.

Untuk pengetahuan korang, seksyen ini merujuk kepada “memperoleh, menerima, memiliki, menyamar, memindahkan, menukar, membawa, melupuskan atau menggunakan hasil daripada aktiviti yang menyalahi undang-undang”.

Hakim telah membenarkan Muhyiddin untuk memindahkan kes ke Mahkamah Kuala Lumpur untuk dibicarakan sekali bersama dengan enam tuduhan yang dibacakan ke atasnya sebelum ini.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.