Mengamuk Sambil Hayun Pisau Di Tempat Awam, Polis Cekup Suspek Umur 50-an Di Sibu

28 Dec 2022 • 5:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selamba acu pisau di tempat awam

Mengamuk Sambil Hayun Pisau Di Tempat Awam, Polis Cekup Suspek 50-an Di Sibu. Polis Sibu telah menahan seorang lelaki kerana disyaki memiliki senjata berbahaya di tempat awam.

image is not available
Mengamuk Sambil Hayun Pisau Di Tempat Awam, Polis Cekup Suspek 50-an Di Sibu. Kredit: Borneo Post

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek ditahan di tepi Jalan Bukit Assek kira-kira jam 9 malam tadi.

Video tersebut telah pun tular di media sosial

Penahanan itu dibuat selepas video berdurasi 16 saat suspek sedang menghunus pisau ke arah orang yang lalu lalang di Jalan Island sekitar jam 5 petang semalam.

“Kedua-dua pisau dan motosikal milik suspek telah dirampas untuk siasatan,” kata Zulkipli dalam satu kenyataan.

image is not available

Katanya, pemeriksaan latar belakang ke atas suspek mendapati beliau mempunyai beberapa rekod jenayah lampau.

Zulkipli menambah suspek akan disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958 (Disemak 1988).

Baca lagi artikel terkini di sini: