Mengandungi Asid Benzoik Yang Tinggi, Syarikat Pengeluar Keutiau Di Kuching Didenda RM10K

10 Jan 2023 • 9:47 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Jumlah asid benzoik yang ditemui adalah lebih daripada standard maksimum.

Mengandungi Asid Benzoik Yang Tinggi, Syarikat Pengeluar Keutiau Di Kuching Didenda RM10K. Dilaporkan bahawa sebuah syarikat tempatan beroperasi di Kuching telah didenda oleh Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mengeluarkan produk mi kuetiau yang mengandungi asid benzoik dalam kadar yang tinggi pada April 2022.

Hukuman telah dijatuhkan oleh Majistret Fatimah Azura Wan Ali terhadap syarikat berkenaan yang diwakili oleh wakilnya setelah mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan kepadanya.

image is not available
Mengandungi Asid Benzoik Yang Tinggi, Syarikat Pengeluar Keutiau Di Kuching Didenda RM10K

Jumlah asid benzoik melebihi standard maksimum

Syarikat berkenaan didakwa melakukan kesalahan pada 20 April 2022 dan menurut fakta kes, beberapa pegawai penguat kuasa Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan daripada Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Kuching telah mengambil sampel makanan kuetiau yang dijual di premis makanan di Jalan Stutong Baru di Kuching.

Sampel kuetiau tersebut kemudian dianalisis di Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jalan Tun Abang Haji Openg dan didapati bahawa ia mengandungi asid benzoik dalam kadar 2,416 mg/kg iaitu melebihi standard maksimum yang ditetapkan di bawah Peraturan 19(2)(b)(ii) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 iaitu 1,000 mg/kg.

Hasil siasatan lanjut oleh Unit Inspektorat dan Perundangan PKB Kuching pula mendapati bahawa produk kuetiau itu telah dikeluarkan oleh sebuah syarikat tempatan yang beroperasi di Kuching.

Syarikat tempatan tersebut seterusnya didakwa dan disabitkan mengikut Seksyen 13B(1) yang dibaca bersama Seksyen 13B(2)(e) Akta Makanan 1983.

image is not available

Boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000

Jika disabit bersalah, syarikat tersebut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini, Pegawai Pendakwa PKB Muhammad Qamarulariffin memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman pencegahan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan peniaga lain, selain mengambil kira dasar kepentingan kesihatan awam.

Beliau berkata, asid benzoik merupakan bahan pengawet dan jika ditambah di dalam makanan melebihi standard maksimum yang dibenarkan, ia boleh memberi kesan kemudaratan serius terhadap kesihatan.

Lagi berita terkini buat anda di sini: