Mengandungi Racun, KKM Haramkan 3 Produk Kosmetik Berbahaya Ini

6 Aug 2024 • 12:44 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Produk kecantikan mengandungi racun diharamkan di Malaysia

Mengandungi Racun, KKM Haramkan 3 Produk Kosmetik Berbahaya. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengharamkan tiga produk kosmetik kerana mengandungi bahan terlarang. Produk-produk ini tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia kerana KKM telah mengesan racun berjadual di dalamnya.

image is not available
Mengandungi Racun, KKM Haramkan 3 Produk Kosmetik Berbahaya

Menurut kenyataan KKM pada hari Isnin, produk-produk yang diharamkan ialah:

  1. GB Night Cream Treatment – mengandungi hidrokuinon dan tretinoin
  2. GB Herbal Cream Treatment – mengandungi merkuri dan betamethasone 17-Valerate
  3. Aniqa Night Cream – mengandungi tretinoin

Pengharaman ini dilaksanakan oleh Agensi Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan (NPRA) di bawah KKM, menurut sumber.

KKM menjelaskan bahawa merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap oleh badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang serta masalah sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak bayi dalam kandungan atau kanak-kanak kecil, dan boleh menyebabkan ruam, kerengsaan dan perubahan kulit.

Bahan-bahan seperti hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-Valerate dianggap sebagai ubat yang perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Penggunaan bahan-bahan ini hanya dibenarkan di bawah pengawasan profesional kesihatan. Penggunaan tanpa pengawasan perubatan boleh mengakibatkan kesan sampingan yang tidak diingini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved