Mengangkat jasa ibu, Raja Maghribi rai pasukan bola sepak Piala Dunia 2022 bersama emak di istana

24 Dec 2022 • 5:14 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

MERAIKAN kejayaan pasukan Maghribi meraih tempat keempat Piala Dunia 2022 di Qatar baru-baru, Raja Maghribi, Raja Mohammad VI tidak melupakan jasa dan pengorbanan ibu pemain.

Pasukan berkenaan ke Maghribi disambut puluhan ribu rakyat yang membanjiri ibu negara bagi mengalu-alukan pulang pasukan bola sepak kebangsaan mereka.

image is not available

Para pemain dan jurulatih, Walid Regragui melambai dari sebuah bas terbuka serya diarak dari lapangan terbang ke sekitar bandar raya Rabat.

image is not available

Orang ramai bersorak dan melamba merayakan kejayaan pasukan berkenaan.

Pasukan itu kemudiannya menuju ke istana diraja bagi memenuhi undangan Raja Mohammed VI sebagai mengiktiraf pencapaian bersejarah itu.

Raja itu bersama Putera Mahkota, Moulay Hassan menyampaikan anugerah kepada presiden persekutuan bola sepak Maghribi, jurulatih pasukan dan pemain.

image is not available

Ibu para pemain turut mengiringi mereka ke istana. Undangan ibu-ibu berkenaan adalah sebagai mengiktiraf usaha mereka untuk memupuk nilai patriotisme, pengorbanan dan kekitaan negara dalam diri anak-anak mereka.

Bukan sahaja aksi cemerlang di padang, baru-baru ini pasukan Maghribi menarik perhatian dunia apabila Achraf Hakimi mencium dahi ibunya usai perlawanan.

image is not available

Gelagat pemain pasukan itu, Sofiane Boufal menari bersama ibu di padang merayakan kemenangan Morocco ke atas Portugal dan mara ke peringkat semi final juga menyentuh hati warga maya.

image is not available
Kredot foto: Aljazeera

Terdahulu Jurulatih kebangsaan Maghribi Walid Regragui dan presiden Persekutuan Bola Sepak Diraja Maghribi, Fouzi Lekjaa membuka peluang kepada para pemain membawa ahli keluarga yang dipilih ke Piala Dunia Qatar 2022.

Sesetengah media menyifatkan kehadiran ahli keluarga pemain salah satu faktor penyumbang aksi cemerlang pasukan itu.

Maghribi menduduki tempat teratas kumpulan sebelum menyingkirkan Sepanyol dan Portugal untuk mara ke separuh pasukan terakhir.

Pasukan itu bagaimanapun tewas pada penentuan tempat ketiga 2-1 ketika berdepan Croatia.

Maghribi adalah menjadi pasukan benua Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 sekali gus ‘menghidupkan semula’ semangat bola sepak.

Terdahulu hanya hanya Cameroon (1990), Senegal (2002) dan Ghana (2010) mampu mencapai sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.