Pemain Maghribi & Ibu Mereka Dapat Keraian Diraja Di Istana Atas Pencapaian Piala Dunia 2022

Entertainment
24 Dec 2022 • 1:20 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kejohanan Piala Dunia 2022 yang diadakan di Qatar telah pun melabuhkan tirainya. Untuk edisi kali ini, Argentina telah muncul sebagai juara dengan menewaskan penyandang, Perancis dalam perlawanan akhir.

Namun dalam kejohanan itu, pasukan Maghribi telah menarik perhatian peminat sukan bola sepak seluruh dunia apabila menjadi satu-satunya negara dari benua Afrika yang layak ke perlawanan separuh akhir. Walaupun tewas di tangan Croatia dalam perlawanan penentuan tempat ketiga, pasukan Maghribi telah berjaya menjinakkan gergasi bola sepak dunia termasuk Sepanyol dan Portugal.

Sehubungan dengan pencapaian luar biasa pasukan itu, Raja Maghribi telah menjemput semua pemain dan ibu mereka ke istana untuk meraikan mereka. Memetik laporan Global Village Space, Raja Maghribi, Mohammad VI telah menjemput pasukan kebangsaan Maghribi bersama ibu mereka untuk majlis sambutan mewah di Istana Rabat baru-baru ini.

Karima Al Khannous, ibu kepada Bilal El Khannous berkata bahawa Raja telah meminta agar ibu-ibu hadir di majlis resepsi. Ibu-ibu pemain Maghribi dijemput ke istana selepas gambar Achraf Hakimi memberikan jersi kepada ibunya dan Soufiane Boufal menari bersama ibunya sebaik menewaskan Portugal menjadi viral di seluruh dunia.

image is not availableimage is not available

Untuk rekod, pasukan yang menduduki tempat ke-22 dalam rangking FIFA itu mendapat tempat keempat dalam Piala Dunia FIFA Qatar 2022. Mereka menjadi negara Muslim-Afrika pertama yang layak ke separuh akhir mana-mana Piala Dunia FIFA.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.