“Menganjing Bella Ke?” – Aprena Manrose Diserang Netizen, Dikecam Tidak Sensitif

Entertainment
4 Apr 2024 • 8:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
aprena

Pelakon Aprena Manrose dikecam tidak sensitif gara-gara memuat naik content parodi sedang ditemu bual wartawan.

Dalam video itu, Aprena dilihat seolah-olah sedang menerangkan sesuatu kepada wartawan yang di akhir video terselit ‘plot twist’.

Di ruangan komen, netizen mempersoalkan adakah selebriti ini memerli seorang pelakon wanita yang kini sedang berdepan dengan masalah rumah tangga.

image is not available

image is not available

image is not available

Mana tidaknya, pelakon wanita itu baru sahaja mendedahkan kes kecurangan suaminya dengan 11 wanita kepada wartawan semalam.

Namun, Aprena menjelaskan dia tiada niat untuk memerli sesiapa. Video itu hanyalah gurauan dengan suami semata-mata, tiada kaitan dengan isu semasa.

image is not available

Katanya lagi, mustahil dia ‘menganjing’ isu yang sedang dihadapi Bella Astillah kerana mereka berkawan baik. Malah, dalam kes Bella dia antara orang terawal yang tahu cerita tetapi tidak pernah masuk campur.

Aprena menasihati netizen supaya tidak mudah berburuk sangka dengan orang lain dan jangan menjatuhkan hukum sesuka hati.

Kredit: Instagram Aprena Manrose

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.