Mengapa konflik AKPS, polis sampai ke mahkamah? -Wan Fayhsal

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 5:33 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mengapa konflik AKPS, polis sampai ke mahkamah? -Wan Fayhsal

PETALING JAYA: Pertelingkahan antara agensi kerajaan yang berakhir dengan pendakwaan di mahkamah tidak memberikan imej baik kepada penjawat awam.

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mempersoalkan kegagalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meredakan pertelingkahan antara Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Shuhaily Zain bersama dua anggota polis sebelum ini sehingga kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Beliau dalam masa yang sama turut menggesa agar Saifuddin menarik semula kes tersebut.

“Kenapa menteri tidak mengambil pendekatan untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak.

“Kenapa perlu mendedahkan pertelingkahan antara agensi sehingga ada pihak didakwa di mahkamah,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini

Semalam, Shuhaily mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis, Faiz Saman dan Ekmal Sofwan di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu

Dalam perkembangan berasingan, Wan Ahmad Fayhsal menggesa kerajaan menilai risiko keselamatan pembekal teknologi yang bakal terlibat dalam pembangunan Sovereign AI Cloud.

Katanya, penilaian itu penting bagi melindungi maklumat sensitif, khususnya data berkaitan tentera, polis dan anggota keselamatan negara.

“Kerajaan perlu memastikan pembekal yang dipilih tidak menjejaskan keselamatan maklumat serta kedaulatan digital negara,” katanya.

Beliau turut mencadangkan perkara itu dibincangkan dan didedahkan sekurang-kurangnya kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen bagi membolehkan penelitian terhadap pengurusan kedaulatan digital negara dibuat. – UTUSAN

The post Mengapa konflik AKPS, polis sampai ke mahkamah? -Wan Fayhsal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved