Bunuh pegawai AKPS: Suami Norhazwani disambung reman

21 Oct 2026 • 4:09 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Bunuh pegawai AKPS: Suami Norhazwani disambung reman

SEREMBAN – Tempoh reman ke atas seorang lelaki ditahan selepas membunuh isterinya yang juga pegawai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Nilai minggu lalu akan disambung esok.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata, tindakan itu dibuat berikutan reman kali pertama ke atas suspek berusia dalam lingkungan 30-an berakhir esok.

“Sebelum ini suspek direman bermula pada 16 hingga 22 Oktober (esok). Berdasarkan perkembangan siasatan, pihak polis akan melanjutkan tempoh reman dan permohonan akan dibuat di Mahkamah Majistret Seremban esok,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya dilaporkan berkata, kertas siasatan kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan akan dirujuk kepada pihak pendakwaan hari ini untuk arahan selanjutnya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, pegawai AKPS KLIA, Norhazwani Ibrahim, 35, maut dipercayai ditikam suaminya dalam kejadian di rumah pasangan itu di Kompleks Perumahan Awam, Nilai pada pukul 8 malam, 15 Oktober lalu

Selepas itu, bapa kepada dua anak berusia lima dan enam tahun tersebut menyerah diri di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor, manakala hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa akibat tekanan pada leher selain tikaman di perut serta pipi. – KOSMO! ONLINE

The post Bunuh pegawai AKPS: Suami Norhazwani disambung reman appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved