Mengapa Rafizi begitu agresif isu mafia korporat tetapi tidak lantang terhadap kes Nik Nazmi? – Peguam

LocalPolitics
28 Oct 2026 • 11:46 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Mengapa Rafizi begitu agresif isu mafia korporat tetapi tidak lantang terhadap kes Nik Nazmi? – Peguam

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Rafizi Ramli sepatutnya mempersoalkan dirinya kenapa beliau begitu agresif terhadap isu mafia korporat yang mana langkah telah dibuat oleh kerajaan untuk melakukan siasatan.

Peguambela dan peguamcara, Dr. Zulqarnain Lukman berkata, tindakan itu berbeza dengan cara Pengasas Parti Bersama itu yang langsung mengambil sikap tidak agresif terhadap Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kes khalwat.

“Apa yang kita nampak cara Rafizi menangani isu Nik Nazmi ini ada double standard berbanding dengan isu mafia korporat yang mana Rafizi lebih lantang.

“Ini menimbulkan persoalan sama ada Rafizi benar-benar memperjuangkan prinsip kebenaran atau prinsip tersebut akan luntur jika ada isu yang membabitkan rakannya sendiri,” katanya hari ini.

Image from: Mengapa Rafizi begitu agresif isu mafia korporat tetapi tidak lantang terhadap kes Nik Nazmi? – Peguam

Sebelum ini, Penasihat Pertubuhan Kebajikan Impak Madani (Impak Madani), John Ooh Sin Hwa berkata, Rafizi sengaja menimbulkan isu mafia korporat demi menutup aib kes tuduhan khalwat sekutunya, Nik Nazmi menjelang PRN Melaka yang akan datang.

John Ooh Sin Hwa berkata, taktik tersebut sememangnya sinonim dengan Rafizi dan beliau dipercayai melakukannya bagi mengelak Bersama kalah teruk dalam PRN Melaka.

Menurut Zulqarnain, mungkin atas dasar itulah menyebabkan ada orang yang menyatakan Rafizi cuba mengalih isu Nik Nazmi kepada isu mafia korporat disebabkan suaranya yang tidak lantang apabila menangani isu Nik Nazmi berbanding beliau menangani isu mafia korporat.

Bagaimanapun, beliau berkata,
isu mafia korporat ini telah dibangkitkan lama oleh Rafizi seawal beliau meletakkan jawatan di dalam PKR dan sebagai Menteri Ekonomi.

Namun, ia kebetulan sekarang isu Nik nazmi telah dilaporkan dan Parti Bersama telah merehatkan beliau daripada parti selama tiga bulan.

“Saya fikir apa yang rafizi ulang mengenai mafia korporat ini adalah respon balas terhadap kenyataan pihak kerajaan yang mana mengumumkan bahawa laporan mengenai mafia korporat ini akan dibentangkan kepada jemaah menteri setelah siasatan mengenai perkara itu selesai.

“Perdana Menteri juga telah arahkan isu mafia korporat ini disiasat oleh Peguam Negara,” katanya.

Pada masa sama, beliau berpendapat, isu mafia korporat ini bukanlah sebagai satu taktik mengalih perhatian orang ramai mengenai isu Nik Nazmi.

Dalam isu Nik Nazmi ini, katanya, ia nampaknya seperti Rafizi cuba menjarakkan dirinya dan parti bersama daripada liabiliti yang timbul daripada isu Nik Nazmi.

“Isu mafia korporat ini juga telah dijelaskan oleh Perdana Menteri di dalam Parlimen dan oleh Menteri Komunikasi dan sepatutnya semua pihak gembira dengan tindakan kerajaan ini.

“Kita semua harus faham bahawa penyiasatan berkaitan isu mafia korporat ini adalah sangat sukar disebabkan tiada pengadu dan hanya berbentuk responsif terhadap hal yang tular.

“Isu ini juga melibatkan isu teknikal saham dan syarikat dan sudah pasti melibatkan dokumen yang banyak untuk dibuktikan,” katanya.

Katanya, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan yang dikaitkan dengan wang RM9.5 juta juga telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Rafizi dan begitu juga dengan
Datuk Seri Farhash Wafa Salvador. – UTUSAN

The post Mengapa Rafizi begitu agresif isu mafia korporat tetapi tidak lantang terhadap kes Nik Nazmi? – Peguam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved