Mengata dulang paku serpih: Kadir Jasin tegur kuasa Istana, bela Syed Saddiq

LocalPolitics
25 Jun 2026 • 11:04 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Mengata dulang paku serpih: Kadir Jasin tegur kuasa Istana, bela Syed Saddiq

KUALA LUMPUR — Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A. Kadir Jasin menyamakan penghinaan terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dengan penghinaan terhadap pengundi Muar, sambil menegaskan bahawa kedudukan seseorang ditentukan oleh Allah SWT, bukan pangkat atau keturunan.

“Syed Saddiq itu seorang muda Johor yang berjaya dan disanjungi ramai… Dia jadi Ahli Parlimen bukan kerana dilantik tetapi dipilih oleh pengundi Bandar Diraja Muar. Menghinanya samalah dengan menghina rakyat jelata yang memilihnya,” tulis Kadir.

Dalam catatan panjang bertajuk Mengata Dulang Paku Serpih, Kadir mengimbas pengalaman zaman kanak-kanak menebang mengkuang di kampung dan mengaitkannya dengan analogi ular — ada yang disanjung kerana kedudukan tinggi tetapi hakikatnya tidak berbisa.

“Ada yang berpangkat besar, duduk di tempat tinggi, disanjung, dihormati dan digeruni. Tetapi dari segi kecerdikan, kebijaksanaan dan budi pekerti mungkin tidaklah sehebat mana,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan perlu dihormati, namun rakyat berhak memilih wakil mereka.

Wartawan veteran dan tokoh politik itu memetik ayat al-Quran bagi menegaskan bahawa kemuliaan seseorang bukan ditentukan oleh harta atau keturunan, tetapi tahap ketakwaan.

"Kita bukan lagi masyarakat berkasta. Surah Al-Hujurat ayat 13 menegaskan bahawa ukuran kemuliaan seseorang di sisi Allah, sama sekali bukan kerana kekayaan, keturunan, mahu pun bangsa, tetapi tahap ketakwaannya.

"Yang berada di tempat tinggi dengan keistimewaan undang-undang dan adat resam janganlah pandang hina dan buli yang totok macam sering ditonjolkan oleh filem Bollywood."

“Jangan jadi dulang yang kata paku serpih, periuk yang kata belanga hitam,” sindirnya. - 25 Jun, 2026

The post Mengata dulang paku serpih: Kadir Jasin tegur kuasa Istana, bela Syed Saddiq appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved