Mengejutkan, bayi perempuan berusia setahun lebih dikesan ada angin pasang

Family & Parenting
19 Aug 2022 • 11:51 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

HATI ibu mana tak luluh apabila melihat anak yang dikandungnya selama sembilan bulan berhadapan dengan masalah kesihatan.

Seboleh-bolehnya sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas mereka, kita akan sedaya upaya mendapatkan rawatan terbaik untuk si kecil.

Itulah lumrah kehidupan seorang wanita yang bergelar ibu, sanggup bergadai nyawa melahirkan dan sanggup buat apa sahaja demi kesembuhan anak tercinta.

Begitulah kisah kehidupan seorang wanita yang berhadapan situasi mencemaskan sejurus sahaja bayi yang dilahirkan disahkan menghidap hernia (angin pasang).

image is not available

Kisah itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Zana Adieyza dan cerita itu membuatkan SinarPlus terpanggil untuk berkongsi pengalaman perjuangan anaknya itu.

Kami difahamkan anaknya yang dipanggil Hana lahir pramatang dan telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 28 hari.

image is not available

“Sebaik sahaja Hana dibenarkan keluar NICU, saya telah diberikan sepucuk surat untuk dibawa bersama bagi rujukan pakar.

“Namun, saya sungguh terkejut apabila membaca isi yang terkandung di dalamnya. Hana disahkan ada hernia jenis Inguinal Hernia (IH),” ujarnya.

Pun begitu, wanita berkenaan tidak percaya anaknya penghidap penyakit berkenaan sehinggakan beliau meminta penjelasan daripada doktor mengenai isu tersebut.

image is not available

Setelah diberi penerangan lanjut, ibu tersebut baru memahami bahawa hernia bukan sahaja menyerang lelaki, tetapi juga boleh berlaku kepada bayi perempuan yang lahir tidak cukup bulan.

SinarPlus kemudian merujuk laman web perubatan Johns Hopkins untuk mengenai lebih lanjut tentang hernia jenis IH yang dihidapi oleh Hana.

Menurut mereka, bagi kanak-kanak perempuan, ia berlaku apabila wujudnya terowong pendek yang menghubungkan rongga perut dengan bibir labium (tisu yang berbentuk seperti bibir, khususnya bibir yang menutupi vulva).

Saluran itu sepatutnya tertutup dengan sempurna sebelum mereka lahir.

Jika ia dalam keadaan sebaliknya, keadaan itu akan memicu kepada masalah usus anak tergelincir memasuki terowong berkenaan.

Permasalahan tersebut boleh menyebabkan munculnya benjolan di atas kawasan alat sulit bayi.

AMBIL PENGAJARAN

Meneruskan kisah seperti yang dicoretkan Zana, selepas bayinya dikeluarkan dari NICU, Hana diserang diserang hernia sebanyak lima kali.

image is not available

Namun, benjolan itu akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minit.

Setibanya hari pembedahan, Hana diarahkan untuk berpuasa kerana itu merupakan prosedur bagi seseorang yang akan menjalani operasi.

“Hampir sejam 30 minit menjalani pembedahan, doktor minta saya untuk kembali menemani Hana. Ketika itu, anak saya masih tidak sedarkan diri kerana berada dalam pengaruh ubat bius. Hampir seharian, barulah Hana kembali aktif makan, minum dan berjalan seperti biasa,” imbasnya.

image is not available

Justeru, buat para ibu mahupun bakal ibu di luar sana, cerita Zana dan bayinya perlu diambil sebagai teladan.

Rupa-rupanya hernia boleh terjadi kepada semua jantina.

Apa-apapun, jangan cepat mengalah kalau anak-anak kita berdepan nasib serupa.

Paling utama, persiapkan mental dan fizikal untuk berhadapan dengan apa sahaja kebarangkalian yang akan diterima si comel. Terima dengan hati terbuka dan perbanyakan berdoa kepada ALLAH.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.