Mengekalkan perpaduan, keharmonian penting: YB

LocalPolitics
11 Feb 2025 • 4:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

RANAU: Rakyat di sini diseru agar tidak menjadikan perbezaan kaum, agama dan ideologi politik sebagai penghalang dalam mewujudkan keharmonian dan persaudaraan sesama mereka.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, berkata rakyat Sabah khususnya di Ranau perlu mengekalkan semangat perpaduan yang diwarisi sejak sekian lama dan sudah menjadi budaya penduduk setempat.

AdvertisementBeliau berkata perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Pesta Kaamatan, Hari Raya, Krismas dan lain-lain perlu menjadi asas untuk memupuk perpaduan, keharmonian dan persaudaraan yang berkekalan dalam kalangan rakyat.

Beliau merakamkan rasa terima kasih kepada penduduk daerah Ranau khususnya penduduk Kg Sinarut Baru yang walaupun berbeza agama, bangsa dan fahaman politik, namun tetap harmoni dan mengekalkan ukhuwah.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Inilah yang kita mahu kekalkan selama-lamanya, sentiasa harmoni dan bertolak ansur tanpa mengira usia dan latar belakang,” kata Jonathan sambil menggesa rakyat Sabah dan Sarawak untuk terus mengekalkan budaya harmoni dan mengelakkan ketidakharmonian seperti yang terdapat di beberapa tempat di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Kelab Prihatin, Kelab Harapan dan Pejabat Parlimen Ranau yang diadakan di Dewan Mini Kg Sinarut Baru baru-baru ini.

AdvertisementMajlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Tarian Singa daripada empat kumpulan Tarian Singa iaitu daripada Tarian Singa Peranakan, Ranau, Chun Cho Kong Ranau dan Tarian Singa Kinabalu Ranau.

Jonathan turut mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Peranakan Cina Ranau.

AdvertisementKatanya, sebahagian tanah perkuburan di Kg Sinarut Baru akan dijadikan tanah perkuburan Cina Peranakan memandangkan terdapat empat keluarga Cina Peranakan di Kg Sinarut Baru yang nenek moyang mereka disemadikan di tanah perkuburan kampung itu.

“Kami akan mengusahakan pewartaan tanah perkuburan itu dalam masa terdekat,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah calon Adun Datuk Amisah Yassin, Pengerusi Pengelola yang juga Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Ranau Pehing Chong, isteri Datuk Jonathan, Datin Helena Masry, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.