Mengenang Jasa Terdahulu, Republik Kosovo Beri Anugerah Tertinggi Kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi

Entertainment
3 May 2025 • 12:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dianugerahkan penghormatan tertinggi Republik Kosovo, “The Order of Independence,” sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan beliau dalam memperjuangkan kemerdekaan dan keamanan negara itu.

image is not available

Memetik laporan Buletin TV3, anugerah tersebut disampaikan oleh Presiden Kosovo, Dr Vjosa Osmani Sadriu dalam satu majlis sempena pembukaan rasmi kedutaan negara itu di Malaysia semalam. Penghargaan itu diterima oleh menantu Allahyarham, Khairy Jamaluddin, bagi pihak keluarga.

image is not available

Tun Abdullah diberi pengiktirafan itu atas peranan pentingnya menyokong proses kemerdekaan Kosovo dan usahanya mendapatkan sokongan antarabangsa ketika menjawat jawatan Perdana Menteri.

Tun Abdullah memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada rakyat Kosovo dan memainkan peranan besar dalam membawa suara kami ke peringkat global,” – Dr Vjosa Osmani.

Presiden Osmani turut mengimbas kembali pertemuan beliau dengan Tun Abdullah pada tahun 2008 yang dianggap sebagai salah satu detik penting dalam hubungan kedua-dua negara.

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.