Menggelupur bila kita bersatu dengan parti Melayu – Akmal Saleh bidas AMK

LocalPolitics
21 Jul 2026 • 10:29 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menyelar kenyataan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor yang mengkritik usaha kerjasama politik melibatkan UMNO dan PAS, sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas.

Beliau berkata, jika kerjasama UMNO dengan parti politik Melayu dianggap sebagai “cium tapak kaki”, maka logik yang sama sepatutnya turut terpakai kepada hubungan AMK dengan DAP.

“Bila kita nak satukan parti politik Melayu dia kata kita cium tapak kaki pula.
“Kalau ikut logik AMK ni, kerjasama dia dengan DAP maknanya dia pun cium tapak kaki DAP lah ya.
“Patutlah begitu jadinya.
“Kesian menggelupur sangat bila kita bersatu (dengan parti Melayu) ya,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Image from: Menggelupur bila kita bersatu dengan parti Melayu – Akmal Saleh bidas AMK

Foto arkib: BH Online

Kenyataan itu dipercayai sebagai reaksi terhadap dakwaan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Ghafur Ismail yang mengkritik sokongan Ketua Pemuda UMNO Kapar, Affifi Aris terhadap cadangan kerjasama politik antara Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Ghafur sebelum ini mendakwa pendirian tersebut mencerminkan UMNO kini sanggup bergantung kepada parti yang pernah menjadi lawan politik demi memperoleh kelebihan politik, walaupun parti itu merupakan sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan.

Image from: Menggelupur bila kita bersatu dengan parti Melayu – Akmal Saleh bidas AMK

Foto: IG Ghafur Ismail

Beliau turut berpandangan bahawa UMNO tidak lagi mampu bergantung kepada kekuatan sendiri dan dilihat lebih cenderung menjalin kerjasama dengan parti lain bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved