Mengghairahkan, Persembahan Sensual Taemin SHINee Dipadam Dari YouTube

Music
17 Nov 2023 • 3:16 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Lain macam Tae-min sekarang ni!

Tae-min SHINee sedang hangat diperkatakan di media sosial selepas video persembahan seksi bagi lagu “Guilty” yang tular telah dipadam dari YouTube.

Gerakan koreografi sensual yang menunjukkan pergerakan di mana dia menutup mukanya dengan memasukkan tangan melalui bawah baju untuk menunjukkan abs badannya itu sudah banyak kali dipersembahkan di rancangan muzik.

Namun, tarian tersebut secara tidak sengaja telah membuka kesemua butang bajunya semasa dia membuat persembahan di “SBS Inkigayo”.

image is not available

Ianya telah menyebabkan video yang sudah dikeluarkan itu kemudiannya dipadam dari laman YouTube.

Rata-rata peminat telah meluahkan perasaan kecewa mereka dan berharap agar ada yang sempat menyimpan video tersebut sebelum ianya dipadamkan.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.