Mengikut Peredaran Masa – Kisah Tukang Baiki Jam

30 Apr 2024 • 9:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Selama 50 tahun mencari rezeki dengan kemahiran membaiki jam di Kuala Kubu Bharu, bukan lesen untuk Tan Hock Yew ketinggalan dalam arus kemodenan.

Biarpun menawarkan khidmatnya di sebuah pekan kecil di Hulu Selangor, Hock Yew, 71, turut seiring dengan peredaran zaman, apabila beliau juga mahir membaiki jam jenis digital.

image is not available

Lelaki yang meniti usia emas itu, dikatakan belajar membaiki jam jenis analog daripada rakan baiknya di Kuala Lumpur pada usia mudanya, sebelum ia menjadi punca pendapatan.

Namun, perkhidmatan Hock Yew di kedainya yang dibuka di Jalan Dato Muda Jaafar, Kuala Kubu Bharu, bukan sekadar mencari rezeki malah memberi khidmat bakti kepada masyarakat setempat.

image is not available

Lensa jurugambar BERNAMA menggarap kisah Hock Yew ketika kawasan itu kini sibuk menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 11 Mei ini. - Getaran, 30 April 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved