
TAWAU: Seorang tukang masak di salah sebuah restoran terkenal di sini maut apabila terlibat kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Merotai - Bombalai sekitar jam 7.20 malam, pada Ahad.
Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, mangsa, 21, dikatakan menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC berlanggar dengan sebuah motosikal Yamaha Y16ZR ditunggang lelaki, 24, di lokasi.
"Kedua-dua motosikal berada di laluan sama iaitu menuju ke Merotai dan apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu berlanggar dengan sebuah lagi motosikal tersebut.
"Akibatnya, mangsa terjatuh dari motosikal dan menyebabkannya dilanggar sebuah van jenis Toyota Hiace, dipandu lelaki 41 tahun yang melalui jalan itu dari arah Keningau menuju ke bandar Tawau,"katanya.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more * Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

