'Mengucap dik... ingat ALLAH'

17 Nov 2026 • 10:14 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: 'Mengucap dik... ingat ALLAH'
Detik menyayat hati seorang lelaki membimbing mangsa kemalangan jalan raya mengucap dua kalimah syahadah ketika berada dalam keadaan parah mengundang rasa sebak orang ramai.
Image from: 'Mengucap dik... ingat ALLAH'
Menerusi video kejadian yang tular di media sosial, kedengaran lelaki berkenaan berulang kali meminta mangsa yang berlumuran darah supaya mengingati ALLAH dan mengucap dua kalimah syahadah.
Image from: 'Mengucap dik... ingat ALLAH'
Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah Proton Wira dan lori Isuzu Rigid Kargo di Jalan Padang Kerasak.

PADANG TERAP – Detik menyayat hati seorang lelaki membimbing mangsa kemalangan jalan raya mengucap dua kalimah syahadah ketika berada dalam keadaan parah mengundang rasa sebak orang ramai.

Kejadian berlaku selepas sebuah kereta Proton Wira yang dipandu mangsa terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Padang Kerasak, Naka, di sini, pada Isnin. 

Menerusi video kejadian yang tular di media sosial, kedengaran lelaki berkenaan berulang kali meminta mangsa yang berlumuran darah supaya mengingati ALLAH dan mengucap dua kalimah syahadah.

**media[3712847]**

“Mengucap dik, mengucap… ingat ALLAH,” katanya kepada mangsa.

Rakaman itu menyentuh perasaan orang ramai apabila mangsa dilihat berada dalam keadaan cedera parah, namun masih bernyawa ketika lelaki terbabit cuba memberikan bimbingan.

**media[3712846]**

Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Nerang (HKN) untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Superintendan Mohd Anuar Jusoh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 3.35 petang menerusi anggota yang bertugas di kaunter aduan Balai Polis Trafik Padang Terap.

Beliau berkata, kemalangan berkenaan membabitkan sebuah Proton Wira dan lori Isuzu Rigid Kargo di Jalan Padang Kerasak.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi mendapati kereta yang dalam perjalanan dari bulatan Padang Kerasak menuju ke Pekan Naka dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan.

Keadaan itu menyebabkan kereta berkenaan bertembung dengan lori yang datang dari arah bertentangan.

“Pemandu kereta berusia 29 tahun tersepit di tempat duduk pemandu sebelum dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dan dibawa ke HKN untuk mendapatkan rawatan.

“Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di kepala.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Anuar berkata, pemandu lori berusia 34 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved