Mengucap Tengok! Anak Tercampak Keluar Kereta, Polis Kesan Ibu Bapa

18 Oct 2023 • 6:44 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pihak polis kini sedang mengesan ibu bapa kepada seorang kanak-kanak yang ‘tercampak’ dari sebuah kereta dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Menerusi video tular, kejadian dipercayai berlaku ketika kenderaan dinaiki kanak-kanak itu dipandu oleh ahli keluarganya sebelum dilanggar dua kenderaan lain.

Video tersebut berjaya mengundang kecaman warganet, lebih-lebih lagi melihat tindakan si pemandu masih boleh tenang mencari tempat memakir kenderaan.

Dalam rakaman video tular, turut memaparkan kanak-kanak itu cuba bangun untuk berlari sebelum diselamatkan oleh penunggang motosikal yang membawanya ke tepi jalan.

Ibu jelaskan anak tercampak sebab merajuk?

Polis kesan ibu bapa, pemandu

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu Superintendan Mohd Suhaimi, kejadian berlaku pada jam 5.42 petang.

Malah, ia dipercayai berlaku akibat kegagalan pemandu memastikan pintu penumpang sebelah kiri ditutup dengan kemas dan memakai tali pinggang keledar terhadap kanak-kanak berkenaan.

Sehingga kini, pihak polis masih giat mengesan kenderaan terbabit dan setakat ini tiada laporan dibuat.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian terbabit diminta untuk tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 kurungan satu Akta Pengangkutan Jalan 1987.