“Mengundang Bala!” – Sertai Program ‘Bachelor’ Malaysia Untuk Kenal 13 Wanita, Zul Ariffin Dikritik Netizen

30 Nov 2022 • 5:08 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah 14 tahun berada dalam industri seni tanah air, pelakon Zul Ariffin mengakui bahawa menyertai program realiti bachelor pertama di Malaysia, Pencuri Hati merupakan satu cabaran untuk diri sendiri.

Zul Ariffin turut mengakui, mengenali 13 wanita yang tidak di kenali sekali gus sememangnya membuat dia berasa gemuruh.

Dalam pada masa yang sama, pelakon terbabit turut berharap agar orang ramai tidak meletakkan pandangan negatif terlalu cepat tentang program tersebut kerana konsepnya berbeza dengan program di negara luar.

Tambahannya lagi, program ini juga menampilkan sisinya yang tidak pernah serta jarang di pertontonkan kepada umum sebelum ini.

Statement Zul mengenai program ini bakal menjadi ‘panas’ menjadi kenyataan, kebanyakkan netizen meluahkan rasa kurang senang apabila mengetahui pelakon terbabit menyertai program seperti ini.

image is not available

image is not available

Netizen merasakan program Pencuri Hati itu satu perkara yang tidak bermanfaat dan peserta-peserta perempuan yang menyertainya juga tidak sesuai untuk di jadikan sebagai teman hidup buat Zul.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 2 hari lalu

"Tu Jelah Kerja Kau Nab" - Netizen Menyampah Dengan 'Gimik' Nabila Razali, Risau Kedudukan Tangan Dekat MK