"Mengundi Tu Berjudi!" - Netizen Tercengang Dengar Kenyataan Suhaimi Saad Tak Mahu Keluar Undi

Politics
3 Nov 2022 • 10:46 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Bahang PRU15 semakin dirasai. Ahli politik semakin giat berkempen dan memberikan kenyataan. Tidak ketinggalan presiden bumi datar Suhaimi Saad memberikan pendapatnya tentang pilihan raya yang akan datang.

Katanya, beliau tidak akan keluar mengundi kerana hukumnya haram sebab sama seperti berjudi!


"Hampa buat mengundi itu wajib, esok Allah tanya hampa jawab! Aku bumi pun tak sama dengan hampa,"katanya.

Tambahnya, "Hampa tau dak orang yang mengundi, ambil calon tu keluarkan duit pertaruhan, judai tau tak yang hang duk sokong, bela duk mengundi tu. Kalau kalah hangus, judi ke tak?

"Itu pemimpin berjudi tu yang hampa angkat nak jadi pemimpin, wakil rakyat oo sorry! Nak mengundi silakan, nanti jawab sendiri pada Allah."

Kebanyakan netizen garu kepala dan tercengan apabila mendengar kenyataan SS. Takpalah, kita patut dengar cakap presiden Malaysia. SS presiden bumi datar lain cara pentadbirannya. Moga SS sentiasa bahagia bersama isteri dan anak-anak.