Meninggal Akibat Kecederaan Di Kepala, Bapa Disyaki Penagih Dadah Bunuh Bayi 6 Bulan

18 Apr 2024 • 11:47 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kerana dadah hidup binasa, bapa kandung ditahan kerana dipercayai bunuh bayi 6 bulan

Meninggal Akibat Kecederaan Di Kepala, Bapa Disyaki Penagih Dadah Bunuh Bayi 6 Bulan. Satu kejadian kejam telah berlaku apabila seorang bapa yang disyaki sebagai penagih dadah telah membunuh anak lelakinya yang berusia 6 bulan di sebuah pangsapuri.

Menurut laporan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Mohamad Nasir Drahman menyatakan bahawa bayi malang itu telah ditemui tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Hulu Langat, Selangor.

image is not available
Meninggal Akibat Kecederaan Di Kepala, Bapa Disyaki Penagih Dadah Bunuh Bayi 6 Bulan

Kehilangan nyawa bayi tersebut telah disahkan namun hasil pemeriksaan awal pihak forensik mendapati tiada sebarang kecederaan luaran pada tubuh bayi itu.

Dipercayai lelaki itu positif dadah jenis syabu

Berikutan kejadian nahas ini, pihak polis telah berjaya menahan bapa kepada bayi berkenaan yang berusia 25 tahun untuk membantu siasatan lanjut. Lelaki itu juga didapati positif mengambil dadah jenis syabu selepas menjalani ujian air kencing.

Suspek tersebut kemudiannya ditahan reman selama 7 hari bermula Selasa sehingga 22 April untuk siasatan yang lebih mendalam. Kes ini diklasifikasikan sebagai kes pembunuhan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Baca juga artikel yang berkaitan: