
Sungguh kejam apabila seorang bapa, dipercayai penagih dadah tergamak membunuh anak sendiri yang hanya berumur 6 bulan di sebuah pangsapuri.
Ditemui tidak sedarkan diri
Menurut laporan, Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supritendan Mohamad Nasir Drahman berkata bayi tersebut ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya di Bandar Tasik Kesuma, Beranang, Hulu Langat, Selangor.
Maut akibat kecederaan di kepala
Bayi itu telah disahkan meninggal dunia dan ketika pemeriksaan awal, pihak forensik tidak menemukan sebarang kecederaan pada tubuhnya.
Hasil bedah siasat, pakar mengesahkan kecederaan mangsa bukan disebabkan kemalangan tetapi disebabkan perbuatan jenayah ke atas mangsa dan bayi malang itu difahamkan meninggal disebabkan kecederaan pada kepala.
Susulan kes ini, pihak polis berjaya menahan bapa bayi berkenaan yang berusia 25 tahun untuk membantu siasatan.
Lelaki itu juga didapati positif dadah jenis syabu, hasil dari ujian saringan air kencing. Suspek direman selama tujuh hari bermula Selasa hingga 22 April untuk siasatan lanjut.
Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pengasuh Tular Pukul Kanak-Kanak Di Taska Mengaku Bersalah, Dipenjara 12 Bulan
The post “Meninggal Akibat Kecederaan Di Kepala” – Bayi Enam Bulan Maut Dibun*h Bapa Dipercayai Penagih Dadah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
