Meninggal Dunia Sebagai Mualaf, Keluarga Bukan Islam Ziarah Kubur – “Untung Masih Ada Doa Ibu”

25 Nov 2025 • 12:11 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di TikTok, sebuah keluarga berbangsa India mencuri perhatian ramai apabila menziarahi pusara di tanah perkuburan Islam yang menempatkan salah seorang ahli keluarganya yang bergelar mualaf.

Keluarga bukan Islam ziarah kubur

image is not available

Difahamkan keluarga ini mengamalkan kepercayaan agama Hindu manakala saudaranya yang dikenali sebagai Arjuna sudah memeluk Islam.

“Berehatlah dengan tenang,” tulis salah seorang ahli keluarga Arjuna.

Dalam pada itu, lebih mengundang sebak apabila ibu arwah menangisi pemergiannya sambil mencium dan mengusap lembut batu nisan anaknya itu.

Keluarga Arjuna juga dilihat turut menaburkan bunga dan meletakkan kalungan bunga malai di atas pusara sebagai tanda hormat dan kasih sayang mereka yang tidak pernah terputus.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji keluarga tersebut kerana tidak membenci anaknya biarpun berpindah ke agama yang lain.

Malah ada juga yang memuji arwah merupakan seorang anak yang baik kerana keluarga masih bersamanya biarpun membuat keputusan untuk memeluk Islam.

Kuat kasih sayang mereka

image is not available

Anak bahagia di Syurga

image is not available

Masih ada doa daripada ibu

image is not available

Artikel lain: Pempengaruh Muka Gangster Kongsi Momen Sebak Ibu Peluk Islam – “Hebat Kuasa Allah”

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 1.3 juta tontonan dan menerima lebih 46,000 tanda suka.

Sumber: TikTok harieight

The post Meninggal Dunia Sebagai Mualaf, Keluarga Bukan Islam Ziarah Kubur – “Untung Masih Ada Doa Ibu” appeared first on Borak Daily.