Meninggal Dunia Selepas Bersalin, Suami Sebak Hadiri Majlis Graduasi Arwah Isteri

11 Sep 2023 • 3:53 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Majlis graduasi sepatutnya menjadi saat menggembirakan bagi semua orang, namun tidak bagi seorang lelaki di Mataram, Indonesia ketika hari konvokesyen arwah isterinya.

Menurut laporan Banjarmasin Post, difahamkan bahawa lelaki tersebut telah menghadiri majlis graduasi isterinya yang meninggal dunia selepas melahirkan cahaya mata mereka.

image is not available

Dalam satu video tular di TikTok dimuat naik oleh @rubah_putih, dia tertanya-tanya mengapa terdapat lelaki yang tidak memakai baju rasmi sedang duduk bersama graduan lain.

“Awalnya saya binggung kenapa ada calon graduan yang tidak mengenakan pakaian istiadat yang sepatutnya,” tulis pemilik video tersebut.

image is not available

Persoalannya terjawab apabila pengacara majlis mengumumkan siapakah lelaki tersebut dan tujuan kehadirannya ke majlis pada hari itu.

Lelaki tersebut merupakan suami kepada salah seorang daripada graduan yang sepatutnya meraikan kejayaan namun telah meninggal dunia sebelum sempat bergraduasi.

Walaupun begitu, isterinya Baiq Yanti Milana Putri S. Par, sempat menamatkan pengajian dan menyiapkan tesisnya sebelum meninggal dunia.

image is not available

Semasa mengambil sijil isterinya, para pensyarah di universiti berkenaan sempat memberikan kata-kata semangat kepada lelaki itu.

Sebaik turun dari pentas, lelaki itu kelihatan tidak dapat menahan air matanya. Sambil memegang sijil arwah isterinya, dia menundukkan kepalanya meninggalkan pentas.

image is not available

Rata-rata netizen bersimpati dengan suami graduan tersebut, ramai yang memberikan kata-kata semangat kepadanya dan tidak kurang juga yang mendoakan arwah isterinya.

image is not available

image is not available

Kehilangan seseorang sememangnya satu tragedi yang berat, namun netizen berasa kagum kepada suami graduan tersebut kerana mampu menunjukkan kekuatan yang luar biasa sepanjang majlis graduasi isterinya.