Menjijikan! Wanita Jumpa Cicak Dalam Bungkusan Nasi Lemak [Video]

5 Jul 2023 • 4:33 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Setiap peniaga khususnya yang menjual makanan perlu menitikberatkan tentang kebersihan.

Ini kerana pengendalian makanan atau premis yang tidak bersih bukan sahaja meloyakan malah boleh mengundang masalah kesihatan kepada pelanggan.

Wanita jumpa cicak dalam nasi lemak

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita ini apabila menjumpai haiwan perosak di dalam bungkusan makanannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Fatihah di TikTok, ketika dia membuka bungkusan nasi lemak tersebut kelihatan seekor cicak berada di bahagian atas nasi lemak berkenaan.

Dia kemudian mengambil sudu serta mengalihkan cicak berkenaan dan haiwan itu didapati tidak lagi bernyawa.

Minta peniaga jangan bersikap pengotor

Menurut Fatihah kejadian meloyakan itu telah membantutkan seleranya.

“Meniaga boleh tak jangan pengotor sangat, ni pengotor tahap apa ni cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak ni!

“Hilang selera makan aku,” katanya.

Fatihah memaklumkan bahawa nasi lemak itu dipercayai dibelinya di Taman Tasik Permaisuri.

“Sebelum makan periksalah dulu ya. Fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan! Pengotor gila,” ujarnya di ruang kapsyen.

@ffaateha

Sebelum makan check la dlu ya. fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan! pengotor gila 🤮🤢🤮 #fyp

♬ 原聲 – mycatso_cute

Jelasnya dia sudahpun memulangkan makanan berkenaan kepada peniaga terbabit.

image is not available

Meloyakan tapi ramai yang sempat berseloroh

Walau bagaimanapun melihat di ruangan komen, ramai yang menjadikan insiden itu sebagai gurauan apabila menyatakan ia adalah ikan bilis daripada gred yang paling baik.

Ada juga yang berasa kembang tekak apabila melihat haiwan itu berada di dalam nasi lemak.

“Mesti terjatuh masa masak ni tak perasan. Cicak pun nak test sambal nasi lemak mungkin bau harum sangat sambalnya”

image is not available

“Aku ingatkan ikan masih weh”

image is not available

“Besar ikan bilisnya memang berbaloi”

image is not available