“Ingatkan ikan masin!” – [VIDEO] Pembeli Terkejut Jumpa Cicak Besar Dalam Nasi Lemak

Entertainment
5 Jul 2023 • 1:11 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Apa perasaan korang apabila dah lapar sangat tapi tiba-tiba nasi lemak yang dibeli mengandungi ‘lauk’ yang tak diundang?

Inilah yang berlaku kepada seorang pengguna TikTok baru-baru ini apabila dia berkongsi video membeli sebungkus nasi lemak yang mengandungi ‘lauk’ cicak! Ei geli!

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat sebungkus nasi lemak yang sudah lengkap berisi telur, sambal dan ikan bilis serta kacang namun ‘diserikan’ lagi dengan kehadiran cicak besar yang berada di atas nasi lemak tersebut.

@ffaateha

Sebelum makan check la dlu ya. fobia aku nak beli nasi lemak tepi jalan! pengotor gila #fyp

♬ 原聲 – mycatso_cute

Pembeli kemudian dilihat dalam keadaan teragak-agak menguis cicak itu ke tepi menggunakan sudu.

Meniaga boleh tak jangan pengotor sangat. Ni pengotor tahap apa ni cicak sebesar alam boleh ada dalam nasi lemak ni!

“Hilang selera makan aku,” tulis pemilik video.

“Aku ingat ikan masin weh”

Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai komen daripada netizen yang berasa geli dengan cicak tersebut, siap ada yang tersalah anggap bahawa ia lauk istimewa nasi lemak tersebut.

image is not available

Hati-hatilah kalau beli makanan di tepi jalan. Sebelum makan pastikan korang check ia bersih dari sebarang kekotoran. Tak pasal-pasal karang sakit perut pulak.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.