Menjijikkan! Kedai Runcit Di Melaka Simpan Sayur Yang Nak Dijual Dalam Tandas

LocalFood
6 Oct 2024 • 4:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah kedai runcit di kawasan perindustrian Tanjung Minyak Perdana telah didapati menyimpan sayur-sayuran yang ingin dijual di dalam tandas premis kedai tersebut.

Tindakan kedai runcit itu terbongkar apabila ia diserbu oleh anggota Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Melaka baru-baru ini.

Pihak KPDN Melaka telah berkongsi keadaan kedai runcit itu menerusi TikTok.

@kpdnmelaka

Kebersihan kan separuh dari iman?. Kenapa barangan nak dijual simpan dalam toilet?. Patuh lah undang-undang. #kpdnkita #kpdn #kpdnmelaka

♬ original sound – KPDN Melaka – KPDN Melaka

Sayur-sayuran yang disimpan di dalam tandas premis itu dipercayai untuk dicuci terlebih dahulu sebelum dijual.

image is not available

Dalam video yang berdurasi selama lebih empat minit itu, dapat dilihat juga bahawa kedai runcit tersebut turut gagal mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011.

Difahamkan, kedai runcit itu dikendalikan dengan usahasama oleh warga asing dan individu tempatan.

Bukan itu sahaja, najis tikus turut ditemui di bawah peti sejuk di dalam kedai tersebut, lapor Harian Metro.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.