
Pada 23 Julai 2025, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan strategi subsidi bahan api bersasar yang menyasarkan rakyat Malaysia.
Melalui inisiatif ini, harga petrol RON95 diturunkan kepada RM1.99 seliter, khusus untuk warganegara yang mengesahkan identiti menggunakan MyKad. Anwar menjelaskan bahawa langkah ini bertujuan mengurangkan ketirisan subsidi dan memastikan dana awam hanya dimanfaatkan oleh golongan yang layak.
Namun, pengumuman ini mencetuskan perbalahan dalam talian apabila beberapa netizen Singapura meluahkan rasa tidak puas hati.
Us Singaporeans give you Malaysians jobs, but you’re too greedy to share even petrol. Speaks a lot about the Malaysian mentality which is why you are far behind us
— Avid Wizard (@avidwizard101) July 23, 2025
Seorang pengguna X menulis,
Kami rakyat Singapura bagi rakyat Malaysia kerja, tapi kamu terlalu tamak nak kongsi minyak pun. Inilah mentaliti rakyat Malaysia, sebab itu kamu jauh ketinggalan.
Kenyataan itu menerima kecaman hebat daripada warga Malaysia yang menegaskan bahawa subsidi bahan api ditanggung oleh pembayar cukai tempatan,
Kebanyakan rakyat Singapura tak peduli pun tentang kita. Mereka cuma datang sini untuk isi petrol murah dan berlagak lebih hebat.
Justeru, mereka merasakan adalah wajar subsidi ini hanya diberikan kepada rakyat Malaysia dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.
(TERKINI) PMX Umum Pengumuman 'Luar Biasa' Buat Rakyat, Terima RM100 & Harga Minyak RON95 Jauh Lebih Rendah!
The post “Mentaliti Negara Belakang” – Netizen Singapura Selar Harga RON95 RM1.99 Hanya Untuk Warga Malaysia? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



