Menteri Agama jalani pembedahan kecil buang kelenjar air liur

28 Mar 2024 • 11:06 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar (gambar) menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang hari ini.

Mohd Na’im menerusi hantaran di Facebook dan Twitter memaklumkan prosedur itu dijadualkan pada 8 pagi ini.

“Doktor telah buat keputusan supaya salah satu kelenjar air liur dibuang bagi mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini,“ katanya dan turut memohon doa agar pembedahan itu berjalan lancar selain kesembuhan buatnya.

Dalam pada itu, Mohd Na’im menyeru masyarakat Islam supaya menggandakan amal ibadah sempena Nuzul al-Quran hari ini.

“Kita gandakan amal ibadat khususnya bersedekah dan memberi banyak sumbangan khususnya kepada saudara kita berada di Palestin.

“Semoga Allah SWT memberi perlindungan dan keselamatan kepada mereka daripada terus dicerobohi serta dibunuh oleh rejim Israel,“ katanya. -Bernama