Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

28 Mar 2024 • 1:59 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - gambar FB Dato' Setia Dr Na'im

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang hari ini.

Mohd Na'im menerusi hantaran di Facebook dan Twitter memaklumkan prosedur itu dijadualkan pada 8 pagi ini.

"Doktor telah buat keputusan supaya salah satu kelenjar air liur dibuang bagi mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini," katanya dan turut memohon doa agar pembedahan itu berjalan lancar selain kesembuhan buatnya. 

Dalam pada itu, Mohd Na'im menyeru masyarakat Islam supaya menggandakan amal ibadah sempena Nuzul al-Quran hari ini.

"Kita gandakan amal ibadat khususnya bersedekah dan memberi banyak sumbangan khususnya kepada saudara kita berada di Palestin.

"Semoga Allah SWT memberi perlindungan dan keselamatan kepada mereka daripada terus dicerobohi serta dibunuh oleh rejim Israel," katanya. - BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved