Konsert The Weeknd ada unsur pemujaan? JAKIM siasat dakwaan, tindakan tegas jika terbukti!

LocalEntertainment
9 Nov 2026 • 2:17 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mendapatkan pengesahan berhubung dakwaan wujudnya unsur pemujaan dalam persembahan konsert penyanyi antarabangsa, The Weeknd yang berlangsung di Bukit Jalil, minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan berkata, pihaknya menerusi Bahagian Penyelidikan Jakim kini bekerjasama dengan Urus Setia Garis Panduan Jawatankuasa Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

Menurut beliau, kerjasama itu bertujuan meneliti kesahihan dakwaan yang tular, selain memastikan persembahan berkenaan mematuhi syarat ditetapkan pihak berkuasa.

“Kerjasama ini bagi mengesahkan kesahihan dakwaan serta pematuhan syarat persembahan konsert The Weeknd di Bukit Jalil,” katanya menerusi hantaran Facebook.

Photo by Firdaus Hakim on November 07, 2026. May be an image of concert and text.

Dalam masa sama, Dr. Zulkifli mengingatkan bahawa Islam melarang sebarang bentuk pemujaan selain Allah SWT dan setiap penganjuran persembahan perlu mengambil kira sensitiviti masyarakat berbilang agama di negara ini.

“Islam secara tegas melarang sebarang bentuk unsur pemujaan selain Allah SWT.
“Semua pihak perlu memastikan agar persembahan seni tidak menimbulkan kekeliruan berkaitan akidah, akhlak dan sensitiviti agama di Malaysia,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang akan diambil sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran syarat atau peraturan.

“Tindakan tegas berlandaskan undang-undang dan fakta sahih akan diambil bagi memastikan setiap persembahan artis dalam dan luar negara sentiasa memelihara sensitiviti agama, budaya serta ketenteraman awam,” jelasnya.

Image from: Konsert The Weeknd ada unsur pemujaan? JAKIM siasat dakwaan, tindakan tegas jika terbukti!

Terdahulu, konsert The Weeknd mencetuskan perbincangan dalam kalangan orang ramai susulan penggunaan beberapa elemen visual yang dianggap kontroversi.

Antaranya kemunculan patung robot wanita gergasi hasil rekaan artis Jepun, Hajime Sorayama serta sekumpulan penari yang mengenakan jubah bertudung hud berwarna merah.

Elemen persembahan berkenaan menimbulkan pelbagai tafsiran, termasuk dakwaan ia mempunyai kaitan dengan ritual atau pemujaan, namun perkara tersebut masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Sumber: FB YB Senator Dr. Zulkifli Hasan

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved