Menteri Agama terjah kaunter MAIWP, tegaskan perbaiki kelemahan layanan terhadap golongan asnaf

LocalPolitics
1 Jul 2025 • 9:58 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

“Khidmat kaunter bukan sekadar urusan teknikal, ia adalah soal maruah dan harga diri.”

Itu penegasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar selepas melakukan lawatan mengejut ke kaunter Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini.

Langkah itu diambil bagi meneliti sendiri bagaimana golongan asnaf dilayan ketika berurusan dengan pihak MAIWP serta mengenal pasti kelemahan yang perlu ditambah baik.

“Hari ini saya turun mengejut ke kaunter MAIWP untuk melihat sendiri bagaimana urusan asnaf dilayan.
“Saya turut menyantuni beberapa asnaf yang hadir dan mendengar sendiri kisah, cabaran hidup serta keluhan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

image is not available

image is not available

Menteri Agama terjah kaunter MAIWP

image is not available

image is not available

Menurut beliau, ada pemohon yang datang dari lokasi jauh semata-mata untuk memohon bantuan, malah ada yang telah beberapa kali hadir namun masih belum menerima maklum balas yang jelas.

“Ada yang datang dari jauh, ada yang menanggung beban keluarga, dan ada juga yang sudah berulang kali memohon bantuan,” ujarnya.

image is not available

Beliau turut menekankan beberapa aspek yang perlu ditambah baik segera termasuk kecekapan sistem giliran, kemudahan tempat menunggu serta pendekatan petugas kaunter yang lebih mesra dan berempati.

“Saya melihat ada ruang penambahbaikan yang perlu diberi perhatian segera termasuk dari aspek kecekapan, sistem giliran, dan kemudahan menunggu yang lebih selesa,”ujarnya lagi.

image is not available

Beliau turut menegaskan agar segala kelemahan ini diperbaiki dengan segera kerana golongan yang hadir bukan sekadar mengisi borang semata-mata, tetapi datang dengan harapan besar untuk meneruskan hidup.

“Saya telah tegaskan agar segala kelemahan ini ditambah baik dengan segera.
“Khidmat kaunter bukan sekadar urusan teknikal, ia adalah soal maruah dan harga diri mereka yang datang dengan harapan,”tegasnya penuh harapan.

image is not available

Lawatan itu turut dilihat sebagai mesej jelas daripada Menteri Agama bahawa nasib asnaf perlu dilayan dengan belas ihsan, bukan birokrasi membebankan.