Menteri – ArtStation Dihalang Kerana Aduan KPDN Mengenai Pelanggaran Harta Intelek

TechnologyDigital
7 Sep 2024 • 10:17 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam kami laporan laman portfolio seni ArtStation telah dihalang secara mengejut tanpa kenyataan rasmi dari KKOM atau SKMM mengapa ia dilakukan. Ia mendatangkan isu kepada pengguna laman yang memerlukannya untuk mendapatkan kerja dan mengemaskini portfolio. Lewat malam tadi menteri KKOM Fahmi Fadzil mengatakan ArtStation dihalang selepas menerima aduan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia mengenai pelanggaran harta intelek.

Alasan yang diberikan ini adalah membingungkan kerana ArtStation ialah laman profesional yang mempunyai sistem melaporkan pelanggaran IP dengan mudah. Mengharamkan keseluruhan laman atas satu kesalahan adalah melampau kerana pelanggaran IP juga berlaku di YouTube, Facebook, TikTok dan pelbagai laman lain setiap hari.

Menggunakan logik jawapan yang diberikan, semua laman web perlu di sekat serta merta. Ketika artikel ditulis, ArtStation masih dihalang walaupun tindakan ini menerima cemuhan komuniti seni digital Malaysia di media sosial.

Mengenai isu lencongan DNS yang akan dikuatkuasakan pada 30 September pila, pihak KKOM akan mengadakan sebuah taklimat dengan media tengah hari ini. Kami akan melaporkan sebab mengapa ia juga dikuatkuasakan secara mengejut tanpa diumumkan kepada orang ramai sejurus selepas sesi tamat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved