Menteri Besar Pahang Umum Waktu Kerja Pejawat Awam Negeri, Tamat 12.30pm Hari Jumaat

10 Mar 2024 • 11:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, waktu berkerja juga akan diubah sedikit. Ini melibatkan individu yang bekerja di sektor awam dan swasta bagi memudahkan mereka memberi fokus kepada ibadah sepanjang bulan mulia ini.

Mengambil satu langkah yang lebih proaktif , waktu bekerja pejawat awam di Negeri Pahang telah dipendekkan sehingga 12.30 tengah hari pada Jumaat sepanjang bulan Ramadan. Perkara itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail menerusi hantaran di Facebook beliau.

image is not available

image is not available

Penetapan waktu berkerja baharu sempena bulan Ramadan itu telah mendapat perkenan dan titah dari Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Menteri Besar Pahang dalam kenyataan itu turut memaklumkan waktu bekerja ini melibatkan pejawat awam di semua jabatan negeri, pejabat-pejabat daerah dan tanah, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.