Menteri Dalam Negeri Indonesia Mohon Maaf, Tiada Niat Perlekeh Bantuan Malaysia

WorldPolitics
20 Dec 2025 • 8:39 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, menegaskan beliau tidak pernah berniat untuk meremehkan bantuan dan sokongan rakyat serta kerajaan Malaysia kepada mangsa bencana di Aceh.

Tito memberi respons segera susulan tular kenyataan bekas Menteri Luar Malaysia, Rais Yatim, yang meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan yang dianggap memperlekehkan bantuan tersebut.

“Kenyataan saya sebelum ini mungkin telah disalah tafsir.
“Saya sama sekali tidak berniat untuk memperkecilkan bantuan dan sokongan daripada rakyat Malaysia kepada Aceh,” katanya di Halim Perdanakusuma, Jakarta pada Jumaat.

image is not available

Menteri Dalam Negeri Indonesia Mohon Maaf

Dalam pada itu, Tito turut memohon maaf secara terbuka sekiranya kenyataannya menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Artikel lain: Banjir Aceh: Bantuan Dari Malaysia ‘Tak Seberapa’ – Menteri Dalam Negeri Indonesia

Beliau menegaskan hubungan peribadi dan profesionalnya dengan Malaysia telah terjalin lama dan erat, sejak kerjasama pasca pengeboman Bali ketika beliau masih berkhidmat dalam pasukan polis dan Densus 88, seterusnya semasa memegang jawatan Ketua Polis hingga sebagai Menteri Dalam Negeri.

image is not available

image is not available

Menurut Tito, penekanan utama kenyataannya bukan untuk membandingkan kepentingan bantuan luar negara, sebaliknya meminta agar usaha besar kerajaan Indonesia dari peringkat daerah hingga pusat turut diberikan penghargaan yang setara, walaupun banyak dilaksanakan tanpa liputan media.

Tito sekali lagi menegaskan komitmennya untuk terus menjaga hubungan serumpun antara Indonesia dan Malaysia.

Sumber: Wartakota

The post Menteri Dalam Negeri Indonesia Mohon Maaf, Tiada Niat Perlekeh Bantuan Malaysia appeared first on Borak Daily.