Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini berkongsi mengatakan kadar liputan rangkaian 5G di kawasan berpenduduk di Malaysia telah pun melangkaui sasaran 80% yang ditetapkan pada tahun lepas.

Mengikut data, kadar liputan 5G telah mencapai 80.2% kawasan berpenduduk pada 31 Disember 2023. Perkongsian ini hadir selari dengan pengumuman semalam oleh menteri mengatakan tiada lagi caj tambahan untuk mengakses rangkaian 5G oleh para pengguna.
Sebelum ini juga, ia telah dikongsikan yang mana syarikat penyedia infrastruktur rangkaian 5G akan ditubuhkan selepas kadar liputan mencapai 80%. Dengan pencapaian terbaru ini, Menteri dijangka akan mengumumkan peralihan kepada model dwi-rangkaian 5G tidak lama lagi.
Kalau semalam saya umumkan tiada lagi caj tambahan untuk 5G, hari ini saya maklumkan liputan 5G telah mencapai 80.2% sehingga 31 Disember 2023.
Ini bermakna, sasaran Kerajaan MADANI untuk capai 80% pada penghujung tahun 2023 berjaya dicapai.
Dengan liputan yang tinggi, tiada…
(@fahmi_fadzil) January 10, 2024



