Bagi yang aktif dalam permainan video, terma NVIDIA G-Sync pasti tidak asing bagi anda. Piawaian untuk monitor gaming yang mengaktifkan ciri adaptif mengawal kadar segar semula ini membantu pemain bermain dengan pengalaman yang terbaik. Di CES 2024, NVIDIA telah mengumumkan beberapa kemas kini pada produk yang akan menggembirakan golongan peminat permainan video.

Pertama sekali, NVIDIA telah membawakan sokongan G-Sync kepada GeForce Now. Ia membenarkan penstriman permainan video tanpa isu screen tearing pada monitor atau TV yang menyokong G-Sync. Perkara kedua adalah yang paling menarik, kerana NVIDIA turut memperkenalkan piawaian paparan baharu yang diberi nama G-Sync Pulsar.

G-Sync Pulsar akan menyesuaikan kadar peralihan piksel antara warna bagi menyelesaikan masalah ghosting dan imej yang kabur apabila bergerak. Piawaian ini berfungsi mengikut sokongan kadar segar semula pada sesebuah monitor.
Piawaian baharu ini turut boleh memastikan keselesaan dan kesihatan mata pengguna kekal baik kerana turut menala kelipan backlight serentak ketika bermain. Ini turut menjadikan paparan tidak berkelip sehingga membuatkan pemain pening kepala. Buat masa ini menurut NVIDIA, hanya siri ASUS ROG Swift PG27 sahaja telah menerima piawaian ini.

Pada masa yang sama, NVIDIA turut mengumumkan yang tahun ini akan terdapat 24 monitor dan televisyen yang diiktiraf dengan piawaian G-Sync. Mereka bekerjasama dengan Alienware, AOC, ASUS, Dough, IO Data, LG, Philips, Thermaltake, dan ViewSonic. Setiap produk paparan ini akan menyokong mod e-sukan G-Sync dan juga paparan HDR dengan G-Sync Ultimate.

Berikut adalah antara produk yang dilancarkan;
Jenama Model Saiz Jenis Panel Resolusi Kadar Segar Semula Alienware AW3225QF 32 OLED 3840×2160 (4K) 240Hz ASUS ROG Swift PG27 series 27 IPS 2560×1440 (QHD) 360Hz PG49WCD 49 OLED 5140×1440 (DQHD) 144Hz AOC 16G3 16 IPS 1920×1080 (FHD) 144Hz 24G4 24 IPS 1920×1080 (FHD) 165Hz 27G4 27 IPS 1920×1080 (FHD) PD49 49 OLED 5120×1440 (DQHD) 240Hz Q27G2SD 27 IPS 2560×1440 (QHD) 180Hz Dough ES07E2D 27 OLED 2560×1440 (QHD) 240Hz IO Data GCU271HXA 27 IPS 3840×2160 (4K) 160Hz LG 2024 4K M4 / G4 97 OLED 3840×2160 (4K) 120Hz 2024 4K M4 / G4 83, 77, 65, 55 OLED 3840×2160 (4K) 144Hz 2024 4K C4 series 83, 77, 65, 55, 48, 42 OLED 3840×2160 (4K) 2024 4K CS series 65, 55 OLED 3840×2160 (4K) 120Hz 2024 4K B4 series 77, 65, 55, 48 OLED 3840×2160 (4K) 24G560F 24 IPS 1920×1080 (FHD) 180Hz 27G560F 27 IPS 1920×1080 (FHD) 27GR75QB 27 IPS 2560×1440 (QHD) 144Hz 32GP75A 32 IPS 2560×1440 (QHD) 165Hz Philips 25M2N3200 25 IPS 1920×1080 (FHD) 180Hz 27M1N5500P 27 IPS 2560×1440 (QHD) 240Hz 49M2C8900 49 OLED 5120×1440 (DQHD) Thermaltake 27FTQB 27 IPS 2560×1440 (QHD) 165Hz ViewSonic XG272-2K-OLED 27 OLED 2560×1440 (QHD) 240Hz
Buat masa ini harga dan tarikh jualan masih tidak diumumkan. Begitu juga kehadiran untuk pasaran tempatan. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai 24 produk paparan yang diiktiraf NVIDIA ini.


