Menteri Luar Negeri Indonesia Nafi Prabowo Akan Ke Israel

Entertainment
14 Oct 2025 • 11:06 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Menteri Luar Negeri Indonesia, Sugiono menafikan khabar bahawa Presiden Prabowo Subianto akan mengunjungi Israel, Prabowo akan kembali terus ke tanah air selepas lawatannya di Mesir.

Prabowo kini berada di Mesir untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Gaza. Sugiono menegaskan Prabowo akan pulang ke tanah air setelah urusan di Mesir selesai.

“Menurut rancangan awal, Presiden akan kembali ke tanah air setelah acara di Mesir selesai,” katanya.

Menurut Biro Pers Sekretariat Presiden, Isnin lalu pesawat Garuda Indonesia-1 yang membawa Prabowo dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sharm El-Sheikh sekitar jam 07:00 waktu tempatan.

Semasa berada di Mesir, Prabowo dijadual menghadiri Sidang Kemuncak Keamanan Sharm El-Sheikh. Dalam sidang itu dirancang Prabowo akan menyaksikan majlis penandatanganan perjanjian keamanan dan penghentian perang di Gaza.

Sidang kemuncak ini akan dihadiri oleh beberapa ketua negara dan kerajaan antaranya Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Raja Jordan Abdullah II, Emir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan, Presiden Perancis Emmanuel Macron, Perdana Menteri Arab Saudi Muhammad bin Salman Al Saud, dan Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.

 

Sumber: Detik

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.