Menteri Luar Oman lawat Iran bincang laluan Selat Hormuz

WorldPolitics
24 Aug 2026 • 3:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Menteri Luar Oman lawat Iran bincang laluan Selat Hormuz

TEHERAN: Menteri Luar Oman akan berkunjung ke Iran pada Selasa, ketika Teheran dan Muscat berusaha mencari jalan untuk mengawal selia laluan kapal melalui Selat Hormuz.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baqaei dalam kenyataan pada Isnin berkata, Menteri Luar Oman, Badr al-Busaidi akan mengadakan rundingan politik yang berterusan antara kedua-dua pihak sebagai negara pesisir Selat Hormuz, bagi membantu memperkukuh keamanan dan keselamatan di rantau ini.

“Lawatan itu bertujuan memperkukuh kerjasama dua hala Iran-Oman dan Badr akan bertemu Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi bagi membincangkan isu dua hala dan serantau,” katanya.

Iran menguasai laluan strategik Selat Hormuz, yang penting bagi penghantaran minyak dan gas, sejak tercetusnya perang di Asia Barat pada 28 Februari.

Iran mewajibkan kapal mendapatkan kebenaran serta membayar yuran transit sebelum menggunakan laluan berkenaan.

Amerika Syarikat (AS) mahu Selat Hormuz kembali kepada sistem pelayaran bebas seperti sebelum perang, dengan Presiden AS, Donald Trump mendakwa Washington mempunyai kawalan penuh ke atas Hormuz.

Sebelum perang tercetus, kira-kira satu perlima daripada eksport minyak dan gas asli cecair (LNG) dunia melalui selat berkenaan.

Iran dan Oman telah mengadakan rundingan bagi mewujudkan laluan baharu melalui Selat Hormuz, satu-satunya pintu masuk ke Teluk yang memisahkan kedua-dua negara, namun persetujuan masih belum dicapai.

Bagaimanapun, Teheran berkata, walaupun rundingan itu mencapai hasil, ia tidak akan dengan sendirinya membuka semula laluan tersebut melainkan AS memenuhi tuntutan Iran yang lebih luas, termasuk menarik balik sekatan terhadap pelabuhan Iran.-AFP

The post Menteri Luar Oman lawat Iran bincang laluan Selat Hormuz appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved